Selamat Datang ke Portal Rasmi eWakaf Pahang



Dana Wakaf Pahang (sebelum ini dikenali sebagai Saham Wakaf Pahang) dilancarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada Disember 1998.  Dana Wakaf Pahang yang tidak lagi menggunakan Sijil Saham Wakaf telah diperkenalkan oleh pihak Majlis mulai Jun 2015 setelah Kaedah-Kaedah Dana Wakaf Pahang 2015 diluluskan oleh Majlis. Nilai minimum Dana Wakaf Pahang ialah RM5.00 dan pengeluaran Kupon Dana Wakaf dibolehkan melalui Kaedah-Kaedah Dana Wakaf Pahang 2015.

Pihak Majlis  Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang akan membangunkan sebuah Pusat Latihan dan Projek Pertanian di atas tapak tanah wakaf berstatus pertanian seluas 5 ekar di Jambu Rias, Karak, Bentong. Projek wakaf ini merupakan kombinasi di antara pusat latihan untuk muallaf/kemahiran  dan aktiviti pertanian yang melibatkan tanaman kontan/sayur-sayuran dan kolam ikan.

Bangunan apartment 11 tingkat milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang berharga RM12 Juta ini terletak di No. 3, Block No. 48, Division 7, Nasr City, Cairo, Mesir di bina oleh El-Attal Group of Companies. Bangunan apartment ini di bina untuk kegunaan sebagai Asrama Pelajar yang juga dikenali sebagai Wisma Pahang. Ianya bertujuan untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk pelajar-pelajar yang belajar di Mesir dan

Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Pahang terletak di atas tapak tanah wakaf seluas 4.3 ekar di Kg. Pahang,Kuantan mula di bina pada tahun 2009 dan mula beroperasi pada Oktober 2010. Kompleks Asnaf ini berbentuk penempatan tetap dan sementara yang dibina dengan kos berjumlah RM3.4 juta ini menempatkan orang-orang tua, muallaf dan orang orang-orang yang ditimpa bencana atau dalam kesusahan.

Selamat Datang Ke Portal e-Wakaf Majlis Ugama
Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)





Log Masuk

Galeri Projek

Asrama Di Mesir
Asrama Wanita
Kiosk Di Masjid Negeri
Kompleks Asnaf MUIP

Jumlah Pelawat

Hari Ini0
Semalam1
Minggu Ini3
Bulan Ini38
Keseluruhan161643

Pautan